hidupnya hanya 46 tahun di dunia ini,namun dia tetap mengisinya dengan ibadah yang xputus2 dan x henti2..
seorang wanita yang tabah dan telah kehilangan kasih sayang seorang ibu pada usia 12 tahun sekaligus telah mengajarnya erti hidup...
berdikari dan hidup bersama kakaknyasulungnya dan berhijrah ke Singapura untuk tinggal bersama ayahnya tatkala berumur 20 tahun...
hanya beberapa tahun selepas itu,insan ini bertemu dengan seorang lelaki yang dicintainya sehingga ke akhir hayatnya iaitu suaminya ...
mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang puteri dan seorang putera...
tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan seorang isteri walaupun terpaksa berjauhan dengan suami yang ketika itu berkhidmat sebagai seorang tentera...
setelah bersara dari tentera,wanita ini terpaksa berjauhan dengan suami tercinta tatkala suaminya harus berpindah ke pelusuk negeri hanya untuk mencari rezeki dan memberi kemewahan untuk isteri dan anak-anakya..
wanita ini tidak pernah membiarkan suaminya membanting tulang dalam arena perbankan seorang diri,beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pengurus di firma guaman kepunyaan abangnya dan telah menghabiskan hampir separuh usianya di perusahaan itu...
beliau juga seorang ibu yang begitu rasional dan tegas dalam mendidik anak-anaknya..tidak pernah terlalu memanjakan anak-anaknya/menitikberatkan pendidikan terutamanya dalam soal agama'
beliau juga mengajar puteri dan puteranya agar menghormati orang lain...
Kini,Hajah Rabiah bte Haji Sahat iaitu ibu kepada diriku serta isteri kepada ayahku telah meninggalkan kami semua,,,
semoga roh mama dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..
AL_FATIHAH....
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment